Soalan Lazim
F.A.Q
1. Sekiranya syarat tanah pertanian, boleh saya membina rumah tanpa menukar syarat?
Tidak, anda perlu menukar syarat tanah pertanian kepada tanah bangunan sekiranya ingin membuat pinjaman bank.
Ya, tiada masalah jika anda mahu bina secara cash atau pinjaman LPPSA (tertakluk kepada syarat PBT)
2. Sekiranya terdapat banyak nama dalam geran, boleh saya membina rumah dengan geran tersebut?
Tidak, anda perlu pecah lot terdahulu sekiranya ingin membuat pinjaman bank atau LPPSA.
Ya, tiada masalah jika anda mahu bina secara cash.
3. Sekiranya tanah saya bukan nama saya, perlukah saya memasukkan nama saya dalam geran terdahulu?
Tidak perlu, sebab proses tukar nama boleh buat semasa proses loan. Namum anda perlu menyediakan surat kebenaran tuan tanah untuk membenarkan anda membina rumah di atas lot tersebut.
4. Macam mana saya pilih jenis pembiayaan samaada Cash / Loan Bank / LPPSA?
Jika anda mempunyai simpanan wang yang mencukupi, pilih jenis pembiayaan secara tunai kerana pakej harga cash yang ditawarkan lebih murah berbanding pakej Harga loan.
Jika anda tidak mempunyai simpanan wang untuk membina rumah, maka manfaatkan fasilisi loan untuk pelaburan masa depan.
Jika anda adalah penjawat awam, maka anda layak untuk pinjaman LPPSA
Jika anda adalah penjawat swasta / berniaga sendiri, maka anda boleh memohon pinjaman bank
5. Saya berniaga tetapi tidak berdaftar dengan tax lhdn, boleh ke saya memohon pinjaman bank?
Ya, anda boleh. Bank ada menawarkan Skim SJKP untuk peniaga memohon pinjaman bina rumah
6. Saya ada blacklist, adakah saya akan lulus pinjaman sekiranya saya tidak memberitahu bank pasal ini
Tidak boleh, bank akan dapat mengesan segala rekod melalui system CTOS dan CCRIS
7. Berapa lama masa diambil untuk proses pelan sehingga kelulusan?
Proses pelan sehingga kelulusan mengambil selama 2-3 bulan bergantung kepada kerjasama daripada tuan rumah dan PBT.
8. Berapa lama masa diambil untuk semak kelayakan pinjaman & proses pinjaman?
Untuk semak kelayakan pinjaman kasar diambil selama 1-2 hari bekerja sahaja
Namum untuk proses pinjaman mengambil selama 2-3 bulan bergantung kepada dokumen dan Kerjasama daripada tuan rumah.
9. Berapa lama masa diambil untuk siapkan sesebuah rumah?
Untuk rumah setingkat, proses pembinaan mengambil selama 6-8 bulan bergantung kepada keluasan rumah dan keadaan cuaca.
10. Siapakah yang akan uruskan proses pelan & pinjaman saya?
Marshah Holding Sdn Bhd akan urus A-Z sehingga penyerahan kunci rumah.
Untuk sebarang pertanyaan lain, tekan butang di bawah untuk terus whatsapp kami: